Wednesday, December 22, 2010

walimah

undangan raja sehari diterima lagi

bila mahu menjemput org lain pula?

p/s: Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan mahram berkongsi melihat aurat isterimu.

Saturday, December 18, 2010

setahun

pejam celik, dah masuk setahun 

cepatnya masa berlalu

sabar itu separuh dari iman

senang mengungkap

payah menghadap

sabarlah duhai hati

kuatkan semangat

menghadapi hari-hari ini

semoga ada sinar menanti

:: JERTEH, 2.32 pm, 19/12/2010 ::


Friday, December 10, 2010

Iklan Pelik tapi Benar








p/s:   "Work to learn, don't work for money."
(Robert T. Kiyosaki -- Rich Dad Poor Dad)

usia ini

seminggu lagi genap setahun aku menuntut ilmu di bumi sintok ini.

ya, aku dipilih unutk berada di sini,

terima kasih Ya Allah,

diberi peluang ini, 

mengenali erti pengorbanan,

membuka mataku melihat erti kehidupan sebenar..

Monday, December 6, 2010

ngankung


Semalam kite tengok cerita ‘ngangkung’.

Tepuk tangan utk pengarah dan produksi.

(clap 3x)..Memang best!!

Cerita ni pasal orang main nomboq ekor rupanya.

Tapi momok dia memang ‘happening’ la gua ckp lu!

Tak ‘serabuk peruk’ langsung!

Dokter lakonan Azlee tu, walaupun ---- tapi full of message!!

Azad Jazmin tu ok jugakkan lawak dia!

Tapi kan mintak dijauhkan la dari kita semua perkara2 yang mensyirikkan ni.

Ingat lagi, kite pernah jumpe atuk kaki nomboq kat PKNS.

Dia terjumpa duit singgit, boleh die dia amik nombor siri kat duit tu jadi inspirasi.

Ha! Yang kite satu, taknak tegur tu kenapa!!!

Pastu katanya kalo menang, nak beli motor.

Astaghfirullah..

Pastu masa kite muda2 dlu,

Kite pernah tengok org melayu bagi duit kat ‘org bukan islam’. Member kite kata; suruh beli toto la tu.

Kite ingat dia kirim kat apek tu beli toto narita macam kat Kelantan tu!!! Ape daa…

Baru kite tahu, itu adalah 1001 cara orang kita nak ‘cover’. Semoga mereka diberi peringatan sebelum hari akhir. Amin.

 

P/s: Dalam dunia ni, orang jahat sikit aje. Macam-macam perkara huru-hara terjadi  adalah disebabkan orang baik tak buat apa-apa!

 

 

 

 

 

 

Friday, December 3, 2010

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

saya cilok dari SINI

Selamat Datang CINTA 2011 MySpace

ibu sekalian

tahniah kerana bakal menjadi seorang emak

Thursday, December 2, 2010

gajet dapur


Jom kite layan gejet dapur yang xde lagi kat rumah saya.
kalo sume gajet ni kite mintak jadik hantaran, ok jugak kan?!!
kalau mintak btl2, agak2 bakal mentua terkejut tak??!

pop-corn maker.
buat perisa karamel.
lps tu duk layan cite indon tv3 sampai lebam..
konpem! terbaek!!



mak aihh..teruja!
pastu steam jagung tu,
tambah susu + planta.
terangkat!!!



ni gajet paling best bawak kat umah org kenduri,
deco buah.. senang nk korek tembikai, betik, dll
makanan pengantin mesti bertambah meriah!!




merebus telor dengan mudah!!



telor hebat,
berbentuk segi 4!!!



yang ini memang kena dapatkan di pasaran!!!
HARUS..


no more tears!!!



apakah? mengapakah??
pancake maker yg sungguh menggoda!

p/s: sehebat mana pun gajet yg ada di dapur anda,
tanpa kerajinan, anda tetap lapar!

Monday, November 29, 2010

bekal untuk anak


Hai reader! dah breakfast belom?



Acuan lempeng hello kitty. mesti anak-anak tak sabar nk
bawak bekal lempeng g sekolah. sbb nak tunjuk kat kawan.
boleh di dapati di Tokyo Hand. kat mana? dekat je.
kat jepun. kalau dah sampai Malaysia, bgtau saye ok!



Bento set yang sangat sesuai untuk anak lelaki.
huarhhhhhhhhhhhh. sila dapatkan di pasaran sekarang.
semakin tidak sabar untuk mendapatkannya untuk bekal sekolah
anak saye. Al-Aliy..


All girls craving for this!
mestilah I teruja sangat!
apalagi my dotter- Aleeya..
kan cayam kan. nanti mama masyak tuk cayam keyh!
Jgn eksaited sangt. malu kat Indah ngan Ben. Nanti kongsi came Amalina keyh..


Perasaan untuk menyediakan bekal untuk anak semakin meluap-luap ketika melihat gambar bento yang sangat chomel yang diclok dari sebuat site di Jepon. Oh mengapakah. Apakah. Set bento ini sangat comel. Sila memasak bekal sekarang untuk Al-Aliy dan Aleeya ke sekolah. Oh, sebelum itu, sila cari lelaki soleh untuk dijadikan ayahanda kepada mereka. Mengapa? Sebab Al-Aliy dan Aleeya belum lahir..

.
.
.
.
.
.
lol...
sungguh merepek lagi meraban.
tengss for reading. lebiu.mmmmmmmuah.


Kenapa Wanita menangis?

why women cry?
did you know that women so sensitive?
that's why they cry often than men!
another reason why they cry:
MySpace

> watching sad movies
> reading happy ending novel
> cutting the union
> left by their 'buayafriend'
>mom didn't buy anything for them from the superstore!
>felt in danger
>afraid with something
> guys are not romantic.
>their spouse are not appreciate them!

so, to all of you guys,
please understand and appreciate your women,
including: mom, wife, sister, aunt, granny,
and me!

hugs and kiss your spouse now!!
MySpace
p/s: for married couple ONLY!

kawai ne!



alamak.
sungguh comel ini sushi.
rase cam nak geget2 je walaupun x bole nk telan.
pasal pe?
tokak den xleh nk terimo..
ape pon, jom lyn sushi sat..



sushi panda...tomei nee





Obama rolls
(tergamak ke hang nk mamam?)




eleh chef, Oya pom bolih buat cam kamu..
jgn sengeh lebeh ye..
tunggu saje Oya buat sushi nnt.




so cute!



Obama again!




Jackie Chan said: 'BESAR PUNYER!!!'



sushi versi lanun pinggan






sushi berteknologi tinggi
tolong buat esaimen IT saye boleh??

sushi gatal !
versi ulat bulu naik pinggan..



sushi sakura

Eya sakura? Bukan.
sushi sakura lagi....




itulah koleksi sushi yang dirompak dari segenap ceruk google
tanpa dikreditkan pengelola asal.
plagarism sangat!

ok selamat membuat sushi yang halal dimakan
lagi sedap ditelan.
makan sushi mestilah:???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dimulakan dengan BISMILLAH.
sekian.

Sunday, November 28, 2010

saya suka

guess what? MySpace
i'm currently earning RM0.50 for my nuffnang. MySpace
haha.
ape la.
orang lain dapat beriban riban tak kecoh ok. MySpace
ok la.
sye nak buat esaimen. MySpace
sungguh banyak seperti belibulibu lemon..
out.


mengapakah

apakah...
mengapakah...

lamanya tak 'update'blog ni
maklumlah
org dah ade blog baru kan
huhu
tidak mengapa
yang penting
mari kita menzahirkan
rasa syukur pada Allah swt
kerana dapat bernafas,
boleh menaip dalam blog,
boleh bersarapan.
terima kasih Allah..


Monday, November 22, 2010

Hati

Bila sebut pasal aib, semua orang payah hendak mengenali keaiban diri sendiri. Apa yang selalu berlaku, kita mudah nampak pada aib orang lain. lalu, kita bercerita mengenainya dan lupa tentang aib kita sendiri. Jika perkara ini berlaku, kita sedang dalam bahaya. Kita harus segera bertaubat dan memperbaiki diri kita sendiri, jika tidak hati kita boleh tertutup terus dari mengetahui akan keaiban diri sendiri .

Bila bercakap pasal hati, kita hendaklah membersihkan hati dari segala sifat mazmumah dan tercela. Untuk itu, barulah hati akan bersinar dan kita mudah untuk menjalani ibadah kepada Allah swt. Hati ibarat raja dan anggota badan adalah tentera.

Apabila raja ini seorang yang baik, maka ia akan memerintahkan segala perintah yang ada unsur kebaikan. Lalu segala anggota akan menurut perintah hati tersebut.

· Lalu tangan akan melakukan kebaikan.

· Kaki akan berjalan kea rah kebaikan.

· Mata akan memandang kepada kebaikan.

· Mulut akan berbicara tentang kebaikan.

Senang kata, segala anggota akan melaksanakan perbuatan baik yang diredhai Allah swt. Sebaliknya, jika hati gelap dilumuri dosa dan noda, maka payahlah pemilik hati hendak mentaati Allah swt. Begitu juga dengan anggota yang lain akan melakukan perbuatan jahat yang akan mengakibatkan kemurkaan Allah swt. Oleh itu, wahai saudaraku, marilah mengenali dan mengkaji keaiban diri sendiri sebelum melihat dan mencaci tentang keburukan orang lain. Wallahualam.

-diolah daripada; Allahamah Sayyid Abdullah Haddad

Friday, November 19, 2010

sepi sekuntum rindu

Aku yang tak pernah ada dalam mimpimu

Adalah debu yang ditinggalkan waktu

Bagai musafir di padang pasir

Melepaskan kesepian berlalu

Ke hujung rindu

Embun dinihari menjadi duri

Di mata

Menyakitkan pandangan

Malam tidak berwarna

Keindahan kini mengharu

Salah dan silap

Ku pohon padamu

Maka terpisahlah kau dan aku

Tuesday, November 16, 2010

Anak Rantau


Ini adalah hari raya pertama ku bukan di kampung halaman.
Oh betapa ku rindui suasana itu.
Takpelah. Barulah namanya berkorban.
Nasib baik ada budak comel berkurung hijau meneman.
Jom skroll tengok gambar orang beraya di rantau.

_


_


_














Salam eidul adha.

Sudahkah anda berkorban? Saye belum!!