Thursday, February 10, 2011

Soho

Soho adalah singkatan kepada 'small office house office.' Ia merujuk kepada perniagaan yang kita usahakan sendiri di rumah kita sendiri.

Secara jujurnya, untuk menjadi "Jutawan" soho ini bukan senang. Tapi bukan mustahil kan :) 

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small, start Soho. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.

Artikel asal di sini 

Melawan Dunia

"Lawanlah dunia dengan akhirat. Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ingatlah... masalah hanya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Amalkan berdoa sebelum memulakan kehidupan harian. Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA..." 

Wednesday, February 2, 2011

cuci cuci services

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji
Fadzilah Kamsah. Segala aspek kehidupan
ini bermula daripada hati. Oleh itu di
bawah ini ada beberapa cara bagaimana
hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar
motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -
Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut
katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w
paling minima 100 X sebelum tidur - Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan
murah. Disamping dosa-dosa diampunkan,
otak tenang, murah rezeki, orang
sayangkan kita dan mencetuskan semua
perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada
memohon keampunan, dapat mencuci hati
dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat
mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap
hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang
positif - Jangan sesekali mengkritik,
kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan
kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok-elok
belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling
baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan di dalam
hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci
hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,
ceria, bersemangat, aktif, positif".
Menurut kajian saikologi, apa yang
disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan
harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa
terhindar dari melakukan perkara-perkara
kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya
hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan
mati bila-bila masa) :D

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan
yang subhat

14) Berkawan dengan ulama - geng2 masjid

15) Berkawan dengan orang miskin
(menginsafi) anak yatim ke

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,
mulut...dsb), jangan dengar orang
mengumpat..huhu.. kalo dgr orang nak
start ngumpat..tegur, if taknak tegur
takut orang kecik ati ke, jauhkan diri
ke buat2 sibuk ke, kalo on the
phone....offhendset, tak pon bagi alasan
ape2 yg patut.. :D

Ada apa pada nama

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Suka suki ..bahagian dua

jujur tau...buat dulu baru tau


Try this out! What you have to do is only to draw a view, only a simple one, and no need to colour. Ok, here's how this psycological game goes ...

BUT BEFORE THAT , I WOULD LIKE TO REMIND YOU , THAT YOU HAVE TO DRAW A SCENERY WITH ALL THESE 'THINGS' THAT YOU HAVE TO DRAW ... OK, FOLLOW MY INSTRUCTIONS!


1. Lukis gunung. ( it doesn't matter, how high, or how many you want to draw, or how it looks like )

2.Lukis matahari. ( tak kisahlah nak lukis macam mana )

3. Lukis sungai.

4.Kemudian lukis batu ( anywhere you want to put it, or how many you wanna draw )

5.Then, lukis sawah padi.

6. Then, lukis rumah.

7. Hmm... kemudian lukis pokok (letaklah kat mana pun) .

8. After that, lukis bunga ( nak lukis sekuntum-sekuntum ke, setangkai-setangkai ke, atas rumah ke, bawah rumah ke, terpulang ! )

9. Kemudian lukis burung ( terpulang nak lukis banyak mana ) .

10.Akhir sekali, lukis ular ( seekor saja ye ! Letaklah kat mana-mana pun )

Penjelasannya, skrol di bawah...


























OK, DAH SELESAI MELUKIS, JOM KITA LIHAT APA TAFSIRAN LUKISAN ANDA !!!

1. Gunung melambangkan cita-cita dan impian anda. Setinggi mana gunung yang anda lukis, setinggi itulah impian dam matlamat, dan cita-cita anda !

2. Adakah matahari anda bersembunyi di sebalik gunung? Jika begitu anda seorang yang pemalu dan kurang berani berhadapan dengan orang ramai! Jika sebaliknya , tahniah ... kerana anda berani menyarakan pendapat, dan berani bersemuka dengan sesiapa pun . ( tapi janganlah over-over ye ! )

3. Ok, sungai . Sekiranya anda melukis sungai dari puncak gunun, bermakna , apabila anda ditimpa sebarang masalah, anda akan mengkaji apakah sebenarnya punca masalah anda itu. Ringkasnya, anda seorang yang teliti.

4. Jika batu yang anda lukis, di dalam sungai, ini bermakna anda seorang yang emosional! hehe.. relak lah... dan jika sebaliknya, andalah penyeri seluruh alam!

5. Jika sawah padi anda nampak luas dalam lukisan, ini bermakna anda seorang yang berpandangan jauh.

6. Rumah yang anda lukis melambangkan diri anda sendiri! Sekiranya rumah anda nampak ... well... kurang elok, so, muhasabahlah diri anda ok? good luck!

7. Apabila anda melukis pokok lebih tinggi dari rumah, ini bermaksud, anda seorang yang sangat pentingkan keluarga!

8. Sekiranya anda melukis bunga, setangkai demi setangkai, dan bukannya sekuntum-sekuntum, anda seorang yang setia!

9. Ok, jika anda melukis burung lebih dari 4 ekor, ini bermakna anda ialah seorang yang mementingkan persahabatan ..

10. And finally, ular . Itulah jodoh anda!!! Jika ular yang anda lukis berdekatan dengan rumah yang anda lukis tadi, ini bermakna, jodoh anda berada dekat dengan anda ? jadi, hehe... siapakah dia?

Nasihat untuk kita

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !


PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.



KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.



KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Fakta atau auta?

fakta atau auta

 

 

 

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang

diambil dari sinki dan kemudiannya

dituangkan ke dalam cerek yang

mengandungi 150ml air suling dan

dibiarkan terdedah kepada nyalaan

api bersuhu 100 darjah celcius akan

menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

 

2. Percayakah anda yang air sirap

merupakan salah satu bahan asas

dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini

kerana kajian telah dibuat, seorang

pembina helikopter memerlukan air

sirap untuk menghilangkan keletihan

semasa membuat helikopter, tanpa air

sirap mungkin helikopter tersebut

tidak dapat disiapkan.

 

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju

220 km/j tidak akan dapat memotong

kereta yang dipandu selaju 40

km/j sekiranya kereta-kereta tersebut

dipandu dari arah yang bertentangan

 

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,

jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu

dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem

La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini

pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah

kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh

dikenali dengan nama papa Razzi.

 

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta

700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama

digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu

cap bendera.

 

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga

digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet

ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain

kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk

menarik kereta bukanlah magnet.

 

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila

diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori

oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya

benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa

ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

 

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh

menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

 

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun

telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer

daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun

tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang

burung mempunyai alamatnya yang tersendiri

sebenarnya.

 

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng

adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari

segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang

yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng

apabila dia berasa lapar.

 

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus

tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi

mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah

kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya

selama tiga bulan.

 

12.. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung

tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta

dunia ialah Orang Utan.

 

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat

jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita

akan mengalami satu tindakbalas yang berupa

kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai

ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam

yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

 

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini

telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Hehehehe :D

Renungan

> Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan

apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri

 

> Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan

jalan yang susah bagi orang yang mahu

 

> Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan

kenal kepada engkau pada waktu susah

 

> kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu

seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

 

> Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum

tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang

berharga/berguna, belum tentu bagus.

 

> Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak

percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang

ketakutan.

 

> Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada

memiliki semua bintang di langit.

 

> Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua

seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

 

> Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika

kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan

dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas

kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

 

> Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu

dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya

 

> Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita

mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik

kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa

melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan

kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

 

> Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu

sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah

 

> Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan

diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan

bersikap adil ketika kuat.

(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)

 

> Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan

siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat

nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka

keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia

dalam bencana dunia serta keindahannya

 

> Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.

Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.

Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

 

> Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya

akan terjaga

 

> Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam

hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

Avatar

Make your own avatar.

Click here UNIQUE

I have mine!


10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit
'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan
pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan
otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam
keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Sesungguhnya kita kenalah rajinkan sikit kepala otak
kita biar jangan jadi 'biol'kan... heheh enjoy
anyway...

Bersyukur menjadi wanita

Maka Diciptakan Lelaki.....

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri
apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2.lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki yang belum baligh.

BERATKAN!

3.Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala
perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri
berbuat baik pahala
dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN!

4.Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib
tapi isteri tidak.Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri
tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi
yang bergelar suami
perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya
dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu
sebabnya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa
yang ditanggung. Tetapi
orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah
oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

Wanita

1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.
2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung
dan melahirkan anak.
6. Wa! nita wajib taat kepada suaminya tetapi
suami tak perlu taat pada
isterinya (taat kepada ibunya).
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid
dan nifas yg
tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan di tempat
yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata
tidak akan
dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk
menyara isteri dan
anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung
dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya
jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa
kecil)..
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala org pergi
berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....

Suka suki

Memula amik pen ngan kertas.Kalo korang pilih name somebody, make sure owang tuh mmg wujud & korang kenal..gunakan instinct korang yg pertama okeyy...

Scroll down one line at a time...and don't read ahead or you'll ruin it!

1.       First,tulis nombor 1 sampai 11 dalam satu kolum...(berturutan ke bawah @ vertically).

2.       Then, sebelah nombor 1 and 2, tuliskan dua nombor yg korang nak..apa2 nombor la...

3.       sebelah nombor 3 and 7,tuliskan name org yg berlainan jantina dgn kowang...jgn lak tulis name yg same...gunakan gerak ati kowang...

NO LOOKING AHEAD...OR IT WON"T TURN OUT RIGHT!

4.       tulisla name sesape(like friends or family....)kat nombor 4, 5 and 6th spots.

5.       Write down empat tajuk lagu kat nombor 8,9,10, and 11.

GO WITH YOUR INSTINCT,FRIENDS!!!!

6.       Finally, make a wish.

.

.

.

.

.

.

.

.

And now the key for the game.....

1.       korang mesti bgtau seramai(jawapan utk no. 2) org pasal game nih...

2.       Name owang kat space 3 is the one that you love.

3.       The person in 7 is the one korang suke but can't work out.

4.       Korang paling care kat owang yg korang letak kat no. 4.

5.       The person you name in number 5 adalah owang yg kenal korang very well.

6.       The person you name in 6 is your lucky star.

7.       The song in 8 is the song that matches with the person in number 3.

8.       The title in 9 is the song for the person in 7.

9.       Jawapan no. 10 adalah lagu that tells you most about YOUR mind.

10.   and 11 is the song telling you how you feel about life

Jangan terkejut plak bila tgk result..tapi kalo tanak caye pon xpe..

cume aku pon suprise gak dlu.. :) bgtau lah kwn2 lain..syok ape!

Lelaki vs Wanita

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak..
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu ! tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Bayar.Berdiri masukkan duit baki
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk..
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok or! ang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!
No wonder women are more complex than men emotionally :)

Solat kita

Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan.. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh... " ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt..dan yg buruk itu datangnya dari kelemahan sy sendiri... 

renung2kan..dan selamat beramal..~~

sekadar wanita biasa

Ya Allah perkenankan doaku, jadikan aku halal baginya
untuk membimbingku kepadaMu
akan tapi
pabila melihat diri ini
ku sedari
siapalah aku
sekadar wanita biasa............................................................

Doa

Hasbunallahu wa ni'mal wakil
Cukuplah Allah bagiku; Tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A'rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129)

Berakhirnya sebuah penantian........

Hari yang ditunggu-tunggu sudah kunjung tiba, kini tibalah masa untuk melepaskan penat lelah......eh, tunggu sat!!! belum daaaaaaaaaaaaa..Hari ini baru 2 haribulan daa..Hari ini kan hari akhir kuliah, belum habis semester lagi..oh, nanti masuk entri lain daa..

-masih stress tentang markah kertas undang-undang.

-masih ada pembentangan yang belum selesai.

-sila baca buku..usah tulis kat sini. tulisan kamu bukan bagus sangat!!

tiada tajuk

Sedang menggilai noorkumalasari dan nurul..

oh, apakah, mengapakah...

stress management

Its important to handle the stress in appropriate way, plus this becoming mr.moon want to visits..

oh no..estrogen fever again!!!!!