Thursday, July 21, 2011

Sepi di Pusara

Pagi Jumaat memang indah
apatah lagi apabila sendirian di pusara
terasa aman
ketenangan yang tidak bisa diungkap
terasa sejuk menguit hingga ke tulang
aku jua akan ke sana nanti
untuk merasai sendiri
kerehatan abadi

Nota Derita

Di tanah ini,
aku terjatuh,
dilanggar,
dirempuh,
tersungkur,
namun tetap ku tempuhi
taufan penderitaan ini,
kerna ku yakin,
DERITA ini INDAH

K
20/7/11
8.56 pm

dia ---> Zuria Mohd

Asal dari terengganu
ada seorang abang dan adik lelaki
walaupun saya tidak dapat menjadi kakak ipar beliau,
saya tidak nangis T_________T
kerna dengan beliau.
saya dapat belajar banyak perkara.
seperti:

Sabar ~ Lenguh pipi gelakkan beliau dengan loghatnya.
tetapi kesabarannya sungguh memikat hati saya
Alhamdulilah - katanya selepas dia kata saya gelakkannya
'Saye dok penoh pung ejek awok!!!!!'

Cintakan Ilmu ~ semangat cintakan ilmu beliau sungguh mengujakan saya.
Hal ini terbukti apabila setelah menamatkan sarjana,  beliau akan menyambung pengajian doktor falsafah.
Tidak seperti saya hanya mengambil kursus jurusan masakan di Pusat kemahiran setempat.

Anak yang Taat ~ Beliau sangat menghormati ibu dan bapa. Sehingga sanggup berkorban apa saja untuk mereka.

Barangan Kecil yang Comel ~ Kecomelan bukan hak milik golongan bawah umur sahaja. Ini terbukti apbila beliau selalu membawa pulang baranga comel seperti sepit rambut bunga merah jambu yang dibeli di kedai aksesori Muamalat, kepit gantung gambar juga comel, mr.tedi - Saya sangat rindu en tedi. dan banyak lagi barangan comel menjadi koleksi beliau.

Untuk Oya: semoga hasrat awak untuk menyambung pengajian tercapai. All da best :)

Saya sayam Oyam

Saya sangat terharu membaca komen Oya di dinding muka buku saya.
Oya terharu dengan entri tempeyek di bawah.
Sabarlah Oya.
Berat mata membaca entri,
lenguh lagi  bahu saya menggoreng tempeyek...

Bak kata Yuni kawan saya:
Baking isn't just about following a recipe. It's also about finding the reasons behind the facts. Be brave to experiment, even if the percentage of success isn't high. Learn from past mistakes and never give up!!

Wednesday, July 20, 2011

Saya letih, saya OK

hari ini dan esok saya akan menggoreng kuih tempeyek. bukan untuk jualan sendiri. hanya mengambil upah. kerana niat untuk menolong bonda. sebab bonda pun bekeja di sana.

tempeyek.
enak rasanya
juadah tradisi
zaman berzaman
pelbagai rempah
ada di dalamnya
ibarat hidup pelbagai rasa

lusa saya akan ke kota lumpur.
hasil upahan tempeyek akan dibuat tambang bas.
semoga selamat pergi dan balik.
amin

Thursday, July 14, 2011

Munajat

munajatku padaMu Tuhan
ampuni dosaku masa silam, kini dan akan datang
sempurnakanlah kehidupanku
murahkanlah rezeki dengan nikmatMu
jadikanku hamba bertakwa
tiang iman untuk agama
perkenankanlah Ya Allah

Tuesday, July 5, 2011

Ku sangka panas hingga ke Petang

Rupanya hujan rintik-rintik di pagi  hari
belum sempat nak minum teh di Cameron, dah ditinggalkan
untuk itu,
terimalah..

Sunday, July 3, 2011

Jatuh Cinta...

Semalam, kite jalan-jalan kat Shah Alam
maklumlah kan, bercuti tanpa had!
Kita masuk Perodua,
akhinya dah jumpa cinta hati kat sana.
Dah jumpe! Dah pegang-pegang. Dah duk rapat-rapat.
Taknak lepas! Taknak lepas! Nak bawak balik je rase.
Seronoknya.
Nah, tengoklah gambar buah hati kite yang baru ni
Fuyoooooooooo, kaler dia, kalar cadar Oya!
T____________T
tapi kena dapat keje gaji besor cepat2 nih..