Thursday, September 25, 2014

Perkongsian dari Ustaz Izhar Ariff

"Jodoh kekadang datang melalui jalan yang tidak diduga. Selalunya dekat tetapi tidak perasan."
- Ustaz Izhar Ariff -
Percayalah... Tiba masanya nanti akan muncul orang yang istimewa yang betul-betul sayangkan kita... Jadi kita kena sabar.. Tak rugi tunggu orang yang ISTIMEWA

Singles..........

Singles, one day, someone will walk into your life and make you see why Allah said you to be patient. Trust His timing.
‪#‎TrustInAllah‬

Issam Bayan

Doa

Bismillairrahmanirrahim..
"Ya Allah, aku tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Ku pada hari ini, mulai saat ini,
Ya Allah aku tidak tahu apa yang Engkau rancangkan untuk ku pada hari ini.
Aku memohon kepada Mu bagi menjadikan hariku ini adalah hari yang penuh dengan barakah dan memberi kebaikan kepadaKu.
Ya Allah hanya Engkau yang dapat memperkenankan doaku ini. Aminnn"

TIPS SIHAT


Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:
1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!

Sumber: Majalah Asuh

Petikan kata-kata Ibn al-Qayyim

Petikan kata-kata Ibn al-Qayyim
Wahai orang yang telah luntur keremajaannya, buku catatan amal telah penuh dengan dosa-dosa!
Tidakkah engkau tahu bahawa kulit-kulitmu bila diminta menjadi saksi akan berbicara?
Tidakkah engkau tahu bahawa neraka diciptakan untuk penderhaka?
Tidakkah engkau tahu bahawa apinya membakar apa saja dicampakkan ke dalamnya?
Maka ingatlah bahawa sesungguhnya taubat dapat melindungimu darinya. Dan airmata penyesalan dapat memadamkannya.

Diambil di note fb Ustazah Maznah Daud

Remember!

Remember!
Allah's plan is better than your plan. Allah's timing is better than your own.
Everything happens for a reason.
If one door is closed, Allah will open many other doors. Be patient!

Issam Bayan

Don’t rush...

Don’t rush into marriage just because your friends are now all married. Allah will send you your spouse when He knows you’re ready.

Issam Bayan

Melamar Idaman Hati


Mungkin rakan-rakan pembaca ada yang tertanya bila sebenarnya waktu paling sesuai untuk melamar seseorang?
Saya berpendapat bahawa, selepas kita telah berusaha mengenali serba sedikit orang yang kita sukai, sudah berbincang dengan keluarga dan berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT, pergilah kita melamar dengan yakin dan tawakkal.
Jangan ambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan melamar. Berikan satu tempoh yang dirasakan tidak begitu panjang. Mengapa?
Agar kita tidak terlalu memendam perasaan terhadap orang yang kita sukai tersebut. Sebagai manusia biasa, pastilah apabila kita menyukai seseorang, kadang kita teringatkan dia, kadang kita akan ter’angau’kan dia dan sebagainya. Namun kita kadang terlupa yang kita masih bertepuk sebelah tangan. Orangnya masih belum menyatakan ya atau tidak kepada kita.
Sebelum kita ‘melabur’ terlalu banyak akan emosi kita terhadapnya, baiklah kiranya kita segera pastikan apakah dia sudi menerima perasaan kita terhadapnya, sudi menjadi pasangan hidup kita, ataupun tidak.
Jika jawapannya ya, maka proses taaruf, proses mengeratkan hubungan, boleh disambung pada fasa pertunangan dan perkahwinan. Jika jawapannya tidak, selesai, kita tidak terlalu memendam perasaan, jiwa pun takkan rasa terluka(sangat) bila ditolak, dan kita boleh mula mencari orang lain sebagai pasangan hidup kita insyaAllah.
Jadi tidak perlu memendam perasaan, berangan-angan seorang diri, memeriksa latar belakangnya, berdoa bagai seorang diri terlalu lama.
Jodoh di tangan Tuhan, itu kata orang ramai. Ada jodoh, ada la. Tak payah tergesa-gesa. Itulah yang biasa kedengaran.
Saya setuju bahawa jodoh kita di tangan Allah SWT. Dia Maha Tahu akan takdir kita. Dan benar, tidak perlu tergesa-gesa, tergopoh gapah. Sebab itu kita tak perlu susah payah sampai nak mengorat atau menggoda manusia idaman kita.
Tetapi kita perlulah bergerak dengan bijak untuk mengambil jodoh yang berada di tangan Allah SWT itu.
Dan melamar dengan baik selepas mengambil sedikit masa cuba mengetahui latar belakangnya, berbincang dengan keluarga, bermunajat memohon petunjuk, dan tidak mengambil masa terlalu lama memendam perasaan dengan semua itu, adalah apa yang terbaik untuk mengambil jodoh yang berada di tangan Allah SWT itu sebenarnya.
Apakah kita akan memperolehinya?
Belum tentu.
Tetapi selagi tidak cuba, kita tidak tahu bukan?
Ini adalah usaha kita, insyaAllah.


Nota: Artikel ini diambil dari page Hilal Asyraf(Official)

Rahsia asbab Allah beri rezeki melimpah ruah

Berbual dengan boss Jeruk Pak Ali yang terkenal. Dia ceramah selepas saya ceramah di sebuah tempat.
Saya kata, saya teringin dan nak sangat duduk ceramah tuan. Tapi saya kena balik kl kerana ada ceramah ditempat lain. Mohon tuan beri 2 rahsia asbab Allah beri rezeki melimpah ruah kepada tuan ni..
Jawabnya sayangi dan taat mak ayah. Ayahnya Arwah pak Ali. Syukur ustaz, Allah izinkan saya khidmat saat dia sakit. Uruskan dia semasa sakit. Saya terlalu gembira dapat khidmat padanya..bersihkan dan semuanya..sehingga dia meninggal dunia..benarlah siapa khidmat mak ayah Allah akan beri balasan segera dalam dunia..mak ayah rezeki kita yang teramat besar. Mereka bukan beban tapi kemuliaan.
Kedua ustaz ayah saya ajar jangan bergantung pada sesiapa. Ayah saya pergi tanpa meninggalkan harta. Walaupun dia agak berada sebelum itu. Hartanya semua disedekahkan. Hartanya dijual dan kemudian disedekahkan. Boon siew kawan baiknya selalu nak beri saya pertolongan tapi saya tak pernah terima kerana ini amanat ayahnya...
Kedua selepas spm ayahnya koyakkan sijil spmnya..saya belajar di UPM ustaz. Universiti Pasar Malam. Saya tak belajar universiti ustaz. Saya kerja sendiri..usaha dari 0. Semua kerja Allah..
Ayah tuan koyakkan sijil spm? Dia kata jangan terfikir nak kerja kerajaan dan bergantung pada sesiapa...
Benarlah hidup ini kena bergantung pada Allah. Dalam hadis ceritakan sesiapa yanh ditimpa kesusahan dan tak ceritakan pada sesiapa, Allah akan cukupkan rezeki buatnya setahun..sesiapa suka meminta-minta dia dibangkitkan dalam keadaan wajah dia buruk..bagi orang yang diberikan rezeki kena suka bantu orang dan jangan sampai ada orang meminta-minta..
Takutkan Allah sumber segala kebijaksanaan. Niatlah untuk redha Allah. Niat dakwah, niat menolong orang. Kerana tidak perlu sesiapa sakitkan hati kita. Hanya dengan niat yang salah amat menyakitkan kita dan memusnahkan kehidupan kita. REDHA ALLAH tujuan hidup ini.
Ya Allah jadikanlah orang Islam jadi orang yang suka memberi-ebit lew kembara iman dan sahsiah remaja nov dis 3hari 2mlm

Nota Kaki: Post ini diambil di laman fb Utaz Ebit Lew. Moga bermanfaat.