Monday, March 29, 2010

Online Translator









tq istockphoto.com

2. citcat
3. ikanbabel

p/s: Semoga dapat membantu!!

Saturday, March 27, 2010

Renungan Bekeluarga


Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar


sekadar hiasan



Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah MusaApalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananyaS
ekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampanYusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

sekian..

Thursday, March 25, 2010

sepenuh hati cK ♥

Gambar hiasan

Bagaimana harusku luahkan
Perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku

Sukarnya ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini

Bagaimana harus aku menghadapi
Semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biar keraguan
Menghantui jiwamu
Dalam ku menanti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biar ku kecewa
Membalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintaimu

cK tiada modal untuk berbicara hari ini, jadi upload lirik saje lah.huhu. Untuk kamu, kamu dan kamu yang tengah kemaruk bercinta di luar sana, cK ada sedikit pesanan ok:

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...


Wahh, itu saja pesanan cK untuk hari ini, kepada 'uol' kat luar sana, semoga berbahagia selalu, jangan sedih-sedih.Sekian.

Kosa kata: uols= you all, kamu semua

Sunday, March 21, 2010

cK ♥ new university


duration = 3 sem only (insya-ALLAH)
student = local + foreign
hostel = dapat hostel maa
exam = xde exam
final = open book
cuaca = panas (jemur baju smp jadi keropok)
air = semua jenis air RM1
food = murah giler


My dinner= nasi lemak + sosej bakar = RM1.50

Saturday, March 20, 2010

oya ohh oya

Tiada modal untuk post entri baru. tulah..orang ada blog, cik K pun sibuk nak ada blog sendiri.ceh..tapi tidak mengapa, asal Cik K bahagia..entri kali ini berkisar kisah roomate yang baru dikenali..cik K nama dia OYA. kalo pertama cik K jumpe oya, oya baru bangun. haha.cik K terjah je masuk bilik di pagi hari..huahuahua..oya datang dari negeri yang buat kepok lekor tu..ha.betul la.ganu kite la adik weii. oya ni peramah orangnya..oya suka barang2 kiut..sebagai contoh, kelip rambut bunga & hello kitty..kelip kertas ada luv-luv..kemain lagi kiut..oya juga pakai selendang bila g kelas..cantekk!! cik K suka oya (bukan sebab dia kenalkan encik kamal pada cik K)..tapi sebab oya ni sangat lembut orangnya..dulu cik K ganas orangnya (ini serius) tapi sekarang cik K dah jadi lembut seperti kapas (itu tipu)..oya, mempunyai cadar kaler fefel yang menarik..saya suka landing atas katil oya..oya, hanya ada kelas pada hari sabtu (seminggu cuti wehh)..oya juga mempunyai seorang adik yang chomel bernama afiqah (umur baru darjah 3 -semasa entri ini ditulis- tapi sudah ada fb dan juga pandai ym)..saya kagum..lagi? cukuplah untuk kali ini saya cerita tentang oya..sekian.

Sunday, March 14, 2010

Peli ohh Peli

Zulkifli Mohamad (Peli). Satu nama yang tak asing bagi pelajar 1 melor tahun 1992. Walaweii kami masa kecil dulu suka sangat meng'hanjing' orang lain. Ada satu kes bila Peli terpecahkan pasu kat sekolah. Tup tup.. Tercipta la satu quote; lebih kurang begini;

Ha Zukepli

Zukepli

Tak tahu

Tak tahu..

Haha. Bapak ahh kreatif kawan-kawan aku kalau bab mengejek sambil nyanyi-nyanyi ni..

Apa sudah jadi dengan Peli sekarang?

Dengar khabar Peli dah kerja kat pejabat kadi, Cameron Highlands.

Baguslah Peli. Sekurang-kurangnya dapatla dia balas jasa mak dia yang setia menunggu sejak dia tadika sampai darjah 1. (Daripada hang duk ronda-ronda kampong naik motor besar).

Peli ni masa tadika tak boleh mak dia hilang, mesti menangis (walau mak pergi jamban sat). Ini kalau masih tak ingat pengorbanan mak, aku tak tahu nak cakap apa la.

Naik darjah 1, aku ingat lagi bila Peli takut nak kena cucuk (misi datang sekolah nak kasi 'injection'). Mak aihh tak gentle langsung budak laki nangis.

Ape pun, itu kisah Peli masa darjah 1. Sekarang aku harap Peli dapat jadi 'orang'. Sekian.

P/s: Entri ini tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa.

Kosa Kata: misi= jururawat/nurse

meng'hanjing'= mengejek

INTRO~ KISAH KHAIR

Pada tanggal 14 Mac 2010, blog Kisah Khair ini pun tercipta. I'm new. Guide me when I make mistakes. Its ok to make mistakes, I'll learn from my mistakes. Apapun, Orang kampung!!!!! saya dah ada blog sendiri..(◕‿◕)

p/s: Terima kasih buat kak Oya (◕‿◕) Really appreciate it!