Saturday, April 24, 2010

cuti sem...

SALAM
masih di BUMI SINTOK,
petang tadi hujan lagi...

Esok, aku nak meninggalkan bumi sintok ini buat seketika...fuhh, 2 bulan aku x balik kampung...rindu 'org kg' kat aku..hehe..'mung bajet mung kiyut!'...xde makne ade org nk rindu aku! :P esok aku nak g penang weihh..haha..x penah2 hayat aku, g keje time semester break..kawan2 tyne, bile mid sem?? jom arr turun kl..aku jwb ape? aku g 'summer camp' la..haha..tidak baik menipu ok..tapi aku malu la nak cite kat mereka dan keluarga mereka..haha...apepon, aku doakan yang terbaik buat aku dan rakan-rakan...balik dari penang, kalo panjang umur, jumpe lagi..ok..will miss u blog!! muah2..

Tuesday, April 13, 2010

FINAL DATANG LAGI




Gambar ihsan dari Uncle Google :)


Sekarang cK tengah dalam mode: study week. Fulamak, catat rekod sehh first time cK tak balik kampung time study week. Ye la, kampung cK kan jauh, tak de maknanya cK nak balik kampung dalam keadan tak boleh bernafas nih. Mana tak nya, assignment tak siap lagi, esok nak present pulak, tulat nak final ..Adeii, tu lah siapa suruh buat last minit. Biarlah. Tidur pun boleh berjaya! itukan tagline cK.

“Macam mana ni,periksa dah dekat sangat. Keh tak habis ulangkaji lagi.. Habislah keh...”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. Keh takut..”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.. tapi itu dulu..sekarang cK pergi final exam bawak laptop ok? So, uols jangan dok jeles ngan cK :P ..

Tip menghadapi peperiksaan:
1. Semak jadual
2. Kunci peperiksaan -- ulang kaji la ape lagi? ingat korang genius sangat? sampai tak payah study?
3. Tentukan keutamaan
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
5. Merancang persiapan peperiksaan
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
7. Berdoa dan bertawakal

credit:

GOOD LUCK :) cK

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan. (ili)

Monday, April 5, 2010

DOA SELEPAS SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."

p/s: amalkan solat istikharah ini dengan khusyuk'. insya-Allah, semoga mendapat petunjuk dari Allah swt. Salam sayang dari cK.