Monday, June 11, 2012

Versus


Watak hero dalam novel ini telah membuatkan aku teringat pada seseorang.
Dia yang benar-benar berubah 360' daripada kehidupan dahulu.
Benar.
Allah swt yang pegang hati dia.
Semoga dia sentiasa istiqomah dalam haluan baru yang dia lalui.

KUNCI REZEKI

Bersyukur pada nikmat yang sedikit membuka pintu lebih luas kepada rezeki yang lebih banyak.

Jangan lupa bersedekah terutamanya hari Jumaat, insyaAllah rzeki kian bertambah, segala usaha dalam mendapatkan sesuatu dipermudahkan, amiin...

Amalkan mendoakan keselamatan & kemurahan rezeki buat insan lain yang tidak kita kenali, insyaAllah apa yang kita doakan tersebut diberi juga kepada kita walau tanpa kita minta secara terus... inilah tanda kemurahan & kekayaan Allah Taala.

Berusaha dengan tiada keyakinan pasti rezeki yang diperolehi tidak memuaskan hati... apa yang kita yakin & apa jua yang kita fikir sebenarnya amat mempengaruhi apa yang bakal kita dapat dari kerja yang kita buat. Berkerja & berusahalah dengan penuh yakin jika ingin rezeki datang mencurah-curah...

Ucaplah alhamdulillah syukur padaMu Yaa Allah atas segala nikmat & rezeki sejak lahir sampai sekarang... InsyaAllah pintu rezeki akan lebih luas terbuka kerana sikap kita yang sentiasa bersyukur & berprasangkan baik kepada Allah yang maha Kaya. Amiin...

Berusahalah seoalh-olah kita akan mati 1000 tahun lagi, dan beramalllah seolah-olah kita akan mati esok hari. Berusaha dengan hebat, bergantung harap dengan tuhan, insyaAllah rezeki akan sentiasa membuka pintu untuk kita...

Jangan lupa sentiasa masukkan doa murah rezeki & ayat 1000 dinar setiap lepas solat fardhu. InsyaAllah pintu rezeki akan sentiasa lebih luas terbuka buat diri & keluarga tersayang. Amiin...

"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang banyak beristighfar, Allah akan membebaskannya dari berbagai kedukaan, akan melapangkan dari kesempitan dan berbagai kesempitan hidup, dan memberinya curahan rezeki dari berbagai arah yang tiada diperkirakan sebelumnya."

Doakan orang lain kaya & bahagia, insyAllah Allah juga akan bagi anda kaya & bahagia! Kenapa? Mudah saja, apa yang kita nak orang lain dapat, Allah juga akan bagi pada kita, di samping usaha kita yang mencipta aura positif di sekeliling yang mana ianya memudahkan diri sendiri mencapai kejayaan & kecemerlangan, insyaAllah....

Yang sedikit disyukuri, pasti Allah tambahi & dimurahi lagi rezeki... Jangan tunggu banyajk baru nak bersyukur, sedikit jua pun nikmat juga... Sihat itu rezeki, tenang itu rezeki, mudah urusan juga rezeki, anak-ank pun rezeki, isteri/suami yg baik & beriman juga rezeki, dan kesemua kebaikan itu adalah rezeki...

Hati yang tenang melapangkan pintu rezeki kita, dan ketenangan yang paling hebat & penuh nikmat adalah bila diri & hati ini mengingatiMu Maha Suci Allah & Rasulullah SAW... Subhaanallah!

Hutang antara benteng halangan rezeki kepada seseorang... Amalkan zikir "Yaa Kariim" sebanyak 270 kali setiap hari insyaAllah akan bebas dari belenggu hutang... Jom kita sama-sama amalkan.

Rezeki pasti akan murah & sentiasa lebat jika diri sentiasa bermuhasabah & bertaubat!

"Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya), maka Allah melipatgandakan ganjarannya dengan berlipat kali ganda. Dan Allah yang menyempitkan dan melapangkan (rezeki), dan kepadaNyalah dikembalikan." (QS. al-Baqarah: 245)

Sumber