Monday, March 19, 2012

Hujung Minggu

 Pada hujung minggu yang lalu, saya bersama rakan saya telah berjalan-jalan di Putrajaya untuk menikmati cuaca panas serta meminum air 'do the dew' percuma!

 Benar!! Ianya percuma dan saya telah berulang sebanyak 3 kali untuk mengambil dan meminumnya. *Haus*

 Di samping terdapat minuman percuma untuk para pengujung fiesta, terdapat juga satu jenis pengangkutan air yang baru bagi menganti tempat cruise, kapal korek serta kapal layar. 
Kalau buat rekod macam Dato' Azhar Mansor keliling dunia tapi naik menda ni ok je kott..
Dilambung ombak pun tidak mengapa, asalkan...ombak tu ialah ombak rindu. :P cehh

 Satu lagi pengangkutan sesuai untuk mengantikan motor. Boleh juga mengurangkan kadar kemalangan maut jalan raya. Tiada gejala merenpit di kalangan remaja. Yang penting, tidak perlu ambil lesen! theeeehehe ^^

 Ini bukan belon panas, ini payung untuk mengelakkan cuaca panas.

 Ini pun belon jugak. Belong 'burung marah'.

 Di sana juga terdapat pelbagai jenis gerai jualan yang menjual pelbagai jenis produk. emmm tak pelbagai sangat arr.. Produk yang sama seperti, payung. payung dan payung!

 Mari membeli payung! Untuk berteduh dari panas dan hujan. Juga untuk photoshoot! :))

 Alat permainan toksah cakap la....

 Ni lagi..Bola kecik besaq, suma adaaaaaaaaaaaaaaa
(Memilih untuk anak-anak) 
Pilih aje, beli idakkkk :P

 Juga feeling-feeling mengimbau kenangan berkhidmat di bangunan ini selama dua bulan. 
Jadi la kan. Pernah la jadi orang Putra satt, hang ada? Tak dak kan.... 
bluekkkk :P

 Kemudian, saya dan rakan bergerak pergi ke Bandar i di negeri Selangor.
Kami pergi setelah segar kerana bermandi manda di Masjid Shah Alam. 

 Di Bandar i terdapat pelbagai jenis haiwan. Tidak percaya? Saksikanlah...
Gambar di atas menyaksikan saya memberi makan olok-olok kepada lembu bercahaya. 
Inilah dinamakan lembu beriman. Sambil meragut berselawat. Kau ada? 
Kalau takde, jom kita selawat...

 oooo Tak percaya ye? Ni ha! Binatang apakah mempunyai leher terpanjang di dunia? 
Jawab dalam hati. Takde markah mahupun hadiah disediakan untuk jawapan yang betul. 

 Panjangnya leher dia...............
Gambar di atas tidak diubah menggunkana sebarang perisian komputer untuk menghasilkan biji-biji buih tersebut.
Mengikut kata-kata rakan-rakan (tanpa sumber sahih) buih-buih tersebut terhasil kerana kehadiran entiti yang tidak terlihat oleh mata kasar. 
Senang cakap itu adalah momok. huuuuuuuuuuuuuuuuuu

 Colorful Trees

 Jalan punya jalan, tiba-tiba, SURPRISE!!!!!!!!!

 .
 ....
 .........
 ...............

Terjumpa Eric Leong maaa!
.....punya poster.
depan saya punya kedai pulak tuh!
KK -Kedai Kay
hehe :P

 Selain lembu dan Zirafah beriman tadi, terdapat juga haiwan-haiwan lain di sini. 
Ini adalah haiwan yang tidak diawet dari Zoo Negara Kenya.

 Oh, nampaknya haiwan purbakala ini mahu memakan blog saya. 
Sila cari buaya darat untuk dibuat makanan. Janga makan blog saya, nanti saya mahu kopipes nota cintun berkarat kat mana?

 Barulah saya tahu ke mana pergi hilangnya kuda-kuda di Palace of the Golden Horses!!!
Tapi ini bukan kuda emas, ini kuda bijih! huhu....
(lihat aksi kanak-kanak mahu bergambar di samping kuda bijih!)

 Rimau

 Haiwan stay up buat research pokok buluh sampai ada eyeback!
Kasihan dia...

 Bas membawa penumpang.

 Penumbang bas menunggu pemandu bas untuk masuk ke dalam bas.

 Pada keesokkan harinya, kami pergi ke tempat orang-orang dari segenap pelosok dunia datang berdagang.
Tak percaya? Lihat....
Kami berurus niaga dengan pedagang pakej pelancongan dari Istanbul, Turki.

 Pas masuk 

 Berjaya mendapatkannya walau dengan susah payah!
Jika ada kemahuan, berusahalah!

 Pertama kali menaiki RapidKL menggunakan token.
Takut hilang je pakai token mainan camni!

 Selepas itu kami pun balik ke rumah.

 Sekian , itulah sahaja kisah perjalanan saya ke kota lumpur. 

Sungguh seronok membuat aktiviti kembara hutan / jungle trekking. 
Haha. Gotcha! Tipu je..
Ini  gambar hutan dalam perjalanan pulang.
Sayonara...Illa liqa . Smile :)

Saturday, March 17, 2012

Lelaki Seperti Saya

P: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?
L: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya.


P: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.


P: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?
L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.


P: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?
L: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja.


P: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?
L: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. 

kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka. Saya sangat cintakan wanita sebab itu saya tidak mahu mengecewakan mereka. Allah lebih mengerti. Wassalam...

P: AllahuAkbar... Adakah saya bermimpi untuk jumpa lelaki seperti awak...

Tuesday, March 13, 2012

Katakan Tidak Pada KAPEL/COUPLE

 
Hidup tanpa COUPLE kononnya sunyi...

Hidup tanpa COUPLE kononnya sepi,tak mampu nak luahkan masalah kat sape2...

Hidup tanpa COUPLE malu,org lain dah ada,kita bila..
...
tapi bila difikirkan semula HIDUP tanpa COUPLE,kita FREE..
tak perlu fikirkan sape2,hanya fikirkan masa depan kita,
yang membuatkan kita menghitung diri kita yang ALLAH sedang melindungi kita dari perkara yang sia-sia..
Bersiaplah membina diri untuk jodohmu :)

Antara 2 Pilihan

Aku hidup, memiliki dua pilihan iaitu Memilih atau Dipilih ...
Jika aku memilih ... akan ku pilih yang terbaik buat diriku ...
Dan jika dipilih aku akan jadi yang terbaik buatnya ...

Dan aku tidak pernah melihat seseorang dari fizikalnya ...
Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu....tapi akan ku lihat seseorang itu dari hati dan sifatnya..

Walaupun itu bukan yang kita suka..

Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..

Malaikat Maut

malaikat maut melawat ikte 70x sehari!
tenung muka kte lama2..
kerana hairan melihat kte yg hdup ni masih blh tersenyum 
dan bergelak ketawa sedangkan setiap saat kte semakin dekat dgn kematian..
T___________________________________T

Monday, March 12, 2012

DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK

Bismillahirrohmannirrohim.....

Ya Allah..Ya Tuhanku..
... Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yg dpt membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...

( Untuk sahabat yg sdg menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yg TERBAIK dlm Pandangan & Pilihan-Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Aamiin )

Tuesday, March 6, 2012

Ingat Kepada Allah swt

Berikut adalah latihan langkah demi langkah yang insyaAllah akan membuka hijab demi hijab yang menutup mata hati kita dari memahami petunjuk dan ilmu ALLAH:-

1. Buatlah sesuatu untuk Allah (apa saja projek) di mana saudara dan saudari tak dapat apa-apa pulangan berbentuk material/kebendaan. Belajar hidup dengan IKHLAS sehingga ia menjadi sebati dalam diri. InsyaAllah pintu PETUNJUK Allah akan dibuka.
2. Belajarlah solat dengan betul dan khusyuk.
3. Berpuasa lah di bulan Ramadhan dengan betul. Perlu belajar caranya.
4. Keluarkan zakat dan rajin memberi. Allah akan pulangkan dengan ganjaran lebih besar.
5. Sabar atas apa saja perkara yang berlaku.

Sumber: sini