Saturday, December 17, 2011

Doaku

"::Harapan tinggallah harapan jika tidak disertai tindakan, impian tinggallah impian jika tidak selaras dengan kemampuan::". ..
Ya الله berikan kami kekuatan agar kami mampu untuk menghadapi segala ujian serta dugaan hidup ini..amin.

Kadang-kadang

Kadang-kadang kita terlalu banyak merancang,
tapi kurang berdoa untuk diperkenankan.

Kadang-kadang kita terlalu banyak berfikir,
tapi kurang bertawakal.

Kesimpulannya, usahalah sebaik TADBIR baru serahkan kepada sebaik-baik TAKDIR.

Kan?

cilok dari Heart Diary Expert

Tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia...
(Khair) ♥ _ _ _

Monday, December 5, 2011

I LOVE Library

sungguh!
Walaupun aku tak dapat nak merasa kerja kat kutub Kanah,
tapi tetibe datang idea nak wat Post wed photo-shoot kat library..hehe
mentang la skang ni ngah musim gantung kuali -
makan lauk kenduri aje...


sumber gambar : Dekil_3b

nota tumit: 
so diabetes sebab sangat manis ok!
... survey pustaka utk poto shoot thn dpn! kah3...

Wednesday, November 23, 2011

ter - MOTIVASI

Untaian kata-kata di dinding muka buku beliau yang saya kagumi. 
Jangan bercita-cita jadi manusia hebat, jadilah manusia bermanfaat, hebat kalau melarat, takut-takut jadi keparat, tak boleh terima nasihat, dikatanya kita dengki khianat, pada hal berpesan sesama umat, supaya nanti tidak tersesat, kerana syaitan membisik kuat, tinggalkan iman tinggalkan syariat. Kejar dunia yg tak beralamat, suruhan Allah langsung tak ingat...
antara tanda-tanda diri tiada rahmat- tidak suka kanak-kanak.antara tanda-tanda diri tiada berkat- tidak memberi manfaat pada org lain: tidak tahu memberi nasihat, dakwah, tak suka membantu, ada ilmu tetapi tak berguna, ada harta tetapi tak keluar, ada kemudahan tetapi bakhil....

kita berada di zaman fitnah. buat jahat difitnah, buat baik pun difitnah... berbogel difitnah, bertudung labuh juga difitnah... semasa hidup difitnah, selepas mati pun masih ada saki baki makhluk akan memfitnah... banykkan berdoa agar selamat menempuh fitnah dajjal dan fitnah kematian yang jauh lebih mencabar....

Wednesday, October 26, 2011

Jawapan soklan cepucemas :)


Skema jawapan kpd soalan cepucemas (bila nak kawen?)

Kenapa Lambat?
✔ Kerna Allah tahu masa yg tbaik utk ku.

Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerana setiap org tlh ditetapkan jodoh masing2.

Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.

Bila?

✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.

P/S: Jgnlah selalu btanya bila org tu nak kawen. Krn semua RAHSIA itu, tletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah.

Selamat menjawab... Hihihi
Senyum tak perlu kata apa2. ^__^♥
Alhamdulillah... Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta redha Ilahi... InsyaAllah... Amiin ya rabal alaminnn.... ^____^♥

Monday, October 17, 2011

Terima kasih Allah untuk segalanya.

ALLAH bg kita sihat,
jgn kata UBAT bg kita sihat..

ALLAH bg kita kaya,
jgn kata DUIT bg kita kaya..

ALLAH bg kita kenyang,
jgn kata MAKANAN bg kita knyg..

ALLAH bg kita hlg dahaga,
jgn kata AIR bg hlg dahaga..

ALLAH bg kita pangkat,
jgn kata MAKHLUK bg kita pangkat..

ALLAH bg kita pndai,
jgn kta CIKGU bg pndai..

ALLAH bg kita bantuan,
jgn kata MAKLHLUK yg bg bantuan..(makluk hanya asbab)

ALLAH bg smpai disuatu tempat,
jgn kata knderaan kita yg bg smpai..

Sunday, October 16, 2011

Thank You ♥

Thanks to my ex for being my ex. You aren't a mistake, you're just a lesson. It's not that you're bad but maybe I deserve someone better than you and at the same time, you deserve someone better than me ♥

Aku...

dengan mengeluarkan kata kata agama,
tidak semestinya aku seorang ustazah

labuhnya tudung ku,
tidak semestinya aku seorang yang alim

dengan menasihati orang lain
tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya

aku cuma insan biasa
yang mempunyai keinginan seperti kamu

cuma aku berkongsi
apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu

dan mengingati diri sendiri
supaya menjadi lebih baik.

Sunday, October 9, 2011

Ilmu

Hari ini saya dapat belajar sesuatu yang baru.

✿ Kalau dapat, puasa pada hari jadi! - Waktu berbuka, berdoalah. Insya Allah, makbul.
✿ Amalkan Surah Al- Waqiah setiap malam.
✿ Kalau temuduga, amalkan surah Yusuf: 4. Toha: 19.

Terima kasih sahabat untuk perkongsian ilmu.
Semoga Allah swt merahmati kalian. Amin.

Bukan nota luka


Kekecewaan bukan penghalang kita untuk terus bangkit.
Tetapi kekecewaanlah yang menjadi guru kepada kita untuk menanam benih dan semangat dalam hati untuk bangkit kembali menanam serta membina semula apa yang telah hilang.
Jangan bersedih untuk kehilangan yang kita hadapi kerana Allah swt Maha Adil dan pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik daripada yang sebelumnya.

ツ Sangat bersetuju!  


Kali ke 26

Buat kali yang ke 26 saya masih dapat berhembus di bumi ini.
Terima kasih Allah swt. 
Syukur. 

Terima kasih juga ingatan tulus ikhlas dari kalian :)
Sangat menghargainya!!!

Terima kasih awak! :))
Terima kasih Elyani!

Terima kasih Lyana!
Thanks Kak Pah :))

Rumet, thanks taw!

 Nota Kaki : 9.10.11 >> Chomel kan nombor tersebut! 
 




Tuesday, October 4, 2011

Hadiah Pengorbanan

Nilai kejayaan itu memerlukan pengorbanan untuk mencapainya.
Terima kasih buat ibubapa, keluarga, rakan-rakan,
rakan sekelas, para pendidik, staf bukan akademik,
macik cleaner, abang tomyam, macik bako2,
KPT, PTPTN, Zakat dan Yayasan. 
Tanpa usahasama kalian tidak mungkin aku mengecapinya.

TERIMA KASIH.

Saturday, September 17, 2011

Kadang - kadang

Kadang-kadang kita terlalu agungkan pandangan manusia hingga terlupa pandangan Dia yang paling utama.

Kadang-kadang kita bermati-matian memenuhi kehendak manusia sedangkan kehendak Dia kita buat endah tak endah.

Tanya diri, untuk siapa kita hidup sebenarnya.

Apa kita sudah lupa janji kita bahawa:

“Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” [6:162]

Lagi lagi Cinta

"Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya."

Thursday, August 4, 2011

Doaku

"Ya Allah...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dalam kamus hidupku.
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna sehingga aku dapat membuatnya sempurna di matamu
Ya Allah..
Seorang insan yang memerlukan sokonganku sebagai pelengkapnya..
Seorang yang memerlukan doaku dalam kehidupanya..
Seorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang yang memerlukan diriku untuk membuatkan hidupnya lebih sempurna.
Ya Allah..
bantulah daku..
tunjukkan daku ke jalan yang lurus..
Amin"

:) Amna-Stanza Cinta

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #1




Tuesday, August 2, 2011

Doa Saya

Ya Allah,
bantulah hati ini memahami
menghayati
dan merasai keindahan takdirMu.
Jadikanlah daku
hamba yang sebenar-benarnya hamba
-yang pasrah dan menyerah sepenuhnya padaMu.

Terima kasih Ustaz Pahrol ^____________^

Saiz Kasut Kita tidak Sama

Ya, kita tidak mempunyai saiz kasut yang sama.
Saya saiz 7,
saya tidak dengki saiz kasut awak 5 atau 9.
tidak sama sama sekali.
begitu juga dengan rezeki masing-masing
rezeki, ajal, jodoh pertemuan
semuanya telah ditakdir
kita hanya mampu menguasai takhta tadbir
tetapi bukan kuasa TAKDIR

Thursday, July 21, 2011

Sepi di Pusara

Pagi Jumaat memang indah
apatah lagi apabila sendirian di pusara
terasa aman
ketenangan yang tidak bisa diungkap
terasa sejuk menguit hingga ke tulang
aku jua akan ke sana nanti
untuk merasai sendiri
kerehatan abadi

Nota Derita

Di tanah ini,
aku terjatuh,
dilanggar,
dirempuh,
tersungkur,
namun tetap ku tempuhi
taufan penderitaan ini,
kerna ku yakin,
DERITA ini INDAH

K
20/7/11
8.56 pm

dia ---> Zuria Mohd

Asal dari terengganu
ada seorang abang dan adik lelaki
walaupun saya tidak dapat menjadi kakak ipar beliau,
saya tidak nangis T_________T
kerna dengan beliau.
saya dapat belajar banyak perkara.
seperti:

Sabar ~ Lenguh pipi gelakkan beliau dengan loghatnya.
tetapi kesabarannya sungguh memikat hati saya
Alhamdulilah - katanya selepas dia kata saya gelakkannya
'Saye dok penoh pung ejek awok!!!!!'

Cintakan Ilmu ~ semangat cintakan ilmu beliau sungguh mengujakan saya.
Hal ini terbukti apabila setelah menamatkan sarjana,  beliau akan menyambung pengajian doktor falsafah.
Tidak seperti saya hanya mengambil kursus jurusan masakan di Pusat kemahiran setempat.

Anak yang Taat ~ Beliau sangat menghormati ibu dan bapa. Sehingga sanggup berkorban apa saja untuk mereka.

Barangan Kecil yang Comel ~ Kecomelan bukan hak milik golongan bawah umur sahaja. Ini terbukti apbila beliau selalu membawa pulang baranga comel seperti sepit rambut bunga merah jambu yang dibeli di kedai aksesori Muamalat, kepit gantung gambar juga comel, mr.tedi - Saya sangat rindu en tedi. dan banyak lagi barangan comel menjadi koleksi beliau.

Untuk Oya: semoga hasrat awak untuk menyambung pengajian tercapai. All da best :)

Saya sayam Oyam

Saya sangat terharu membaca komen Oya di dinding muka buku saya.
Oya terharu dengan entri tempeyek di bawah.
Sabarlah Oya.
Berat mata membaca entri,
lenguh lagi  bahu saya menggoreng tempeyek...

Bak kata Yuni kawan saya:
Baking isn't just about following a recipe. It's also about finding the reasons behind the facts. Be brave to experiment, even if the percentage of success isn't high. Learn from past mistakes and never give up!!

Wednesday, July 20, 2011

Saya letih, saya OK

hari ini dan esok saya akan menggoreng kuih tempeyek. bukan untuk jualan sendiri. hanya mengambil upah. kerana niat untuk menolong bonda. sebab bonda pun bekeja di sana.

tempeyek.
enak rasanya
juadah tradisi
zaman berzaman
pelbagai rempah
ada di dalamnya
ibarat hidup pelbagai rasa

lusa saya akan ke kota lumpur.
hasil upahan tempeyek akan dibuat tambang bas.
semoga selamat pergi dan balik.
amin

Thursday, July 14, 2011

Munajat

munajatku padaMu Tuhan
ampuni dosaku masa silam, kini dan akan datang
sempurnakanlah kehidupanku
murahkanlah rezeki dengan nikmatMu
jadikanku hamba bertakwa
tiang iman untuk agama
perkenankanlah Ya Allah

Tuesday, July 5, 2011

Ku sangka panas hingga ke Petang

Rupanya hujan rintik-rintik di pagi  hari
belum sempat nak minum teh di Cameron, dah ditinggalkan
untuk itu,
terimalah..

Sunday, July 3, 2011

Jatuh Cinta...

Semalam, kite jalan-jalan kat Shah Alam
maklumlah kan, bercuti tanpa had!
Kita masuk Perodua,
akhinya dah jumpa cinta hati kat sana.
Dah jumpe! Dah pegang-pegang. Dah duk rapat-rapat.
Taknak lepas! Taknak lepas! Nak bawak balik je rase.
Seronoknya.
Nah, tengoklah gambar buah hati kite yang baru ni
Fuyoooooooooo, kaler dia, kalar cadar Oya!
T____________T
tapi kena dapat keje gaji besor cepat2 nih..











Thursday, June 30, 2011

Still Waiting For...


Pemilik yang Hak

walaupun kau pernah duduk di kerusi pimpinan tertinggi
walaupun kau telah mengelilingi seluruh pelosok negerimu
walaupun kau belajar ke peringkat setinggi manapun
ketahuilah gred itu tidak menjamin masa depanmu
kerana rezekimu telah diatur sebaiknya oleh Tuan Pemilik segala harta di dunia ini
biar rebah selalu lelah
tanamkan tekad di hati
jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah
redhalah dengan apa yang ada dalam genggamanmu sekarang

Wednesday, June 29, 2011

Emas Oh Emas...

Harga emas jatuh lagi untuk minggu ini.
Bermula dari hari Jumaat minggu lalu, harganya terus jatuh merundum.
Semoga semua ini ada hikmahnya.
Teruslah turun, kalau turun lagi, saya akan membeli pada hari Jumaat nanti.
Sekian.

Tuesday, June 28, 2011

Rahsia

1. Dirahsiakan Lailatulqadar agar umat Islam dapat menghidupkan malam Ramadhan seluruhna tanpa mengkhususkan malam-malam tertentu.

2. Dirahsiakan waktu dimakbulkan doa pada hari umaat agar kita berdoa sepanjang Jumaat.

3. Dirahsiakan ajal manusia agar sentiasa beringat.

p/s: Saya tidk berahsia apa2 dengan Oya. Ssungguhnya hati ini masih belum dimiliki. Noktah.

Sunday, June 26, 2011

Usia Kelmarin


Kehilangan itu amat menyakitkan. Andai kamu bersyukur dengan apa yag ada. Kamu lebih merasakan hikmah kehilangan begitu indah! Free Userbars

Lakaran Hati











Friday, June 24, 2011

Saya Rindu Dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dia yang dimaksudkan adalah Oya.
Saya pernah bercerita tentang Oya setahun lalu, semasa blog ini baru didaftar oleh Ota Oya.
Terima kasih Oya.
Walaupun encik K dah ada makwe. (Apa kaitan?)
Baiklah. Saya harap nanti kita akan berjumpa lagi Oya untuk konvo ke 3 kali.

P/s: Konvo dah banyak dah, jangankan nak bertunang, kerja pun belum melamar lagi ha!

Tuesday, June 21, 2011

Udara dalam bekas...


Udara tidak nampak,
tapi dapat diisi dalam bekas..

Apa itu marah?
Juga tidak nampak.
Tapi jelas terpapar dari riak muka sang Pemarah.

Kuih Peneram

Sekalut-kalut Oya..
lagi kalut saya yang sedang memasak kuih peneram untuk kenduri Imu hari sabtu nanti.
sudahlah terlambat mengorat Tok Laki Oya..
Kuih Peneram pula sedap hingga banyak yang masuk ke usus daripada dihantar ke rumah mak njang Kiah.

Kata orang:
Wanita itu ibarat soalan matematik.
Memang pening untuk menyelesaikannya.
Andai tahu cara dan kaedah penyelesaiannya.
Ianya mudah dan senang dijawab.

Kata dipetik dari petikan dialog:
Boys over flowers.
Channel KBS World.
3.24-4.34 pm.
p/s: Syoknya menganggur..dapat tengok tv tanpa had! ~ ayat sedapkan hati..lalala

Monday, June 20, 2011

Sudirman: Aku Penganggur

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Iwan Fals - Balada Pengangguran.

O, apa jadinya?
E, ini apa?
O, apa jadinya?
E, aku lesu?

Dibolak balik dinalar nalar
Tanpa logika oh ya!
Diraba raba diterka terka
Tidak terduga oh ya!

Misteri ijazah tidak ada gunanya
Ketekunan tidak ada artinya

Pembangunan oh!
Pengangguran ya!
Ya ha ha ha
Oh ya!

Penerangan oh!
Kegelapan ya!
Putus asa oh ya
Oh ya o!

Akan merampok takut penjara
Menyanyi tidak bisa
Bunuh diri ku takut neraka
Menangis tidak bisa

Kaki lima oh!
Kaki lima ya!
Kaki lima oh!
Oh ya!

Makan debu huh!
Makan debu iya!
Ya janji palsu
Oh ya!

Dibolak balik dinalar nalar
Tanpa logika oh ya!
Diraba raba diterka terka
Tidak terduga oh ya!

Menghutang lalu lagi menghutang
Tahu tahu menipu

Pembangunan oh!
Pengangguran ya!
Pengangguran oh!
Oh ya!

Penyuluhan oh!
Kegelapan ya!
Putus asa oh!
Oh ya!

Menghutang lalu lagi menghutang
Tahu tahu menipu

Pembangunan oh!
Pengangguran ya!
Pengangguran oh!
Oh ya!

Menghutang lalu lagi menghutang
Tahu tahu menipu

Penyuluhan oh!
Kegelapan ya!
Putus asa oh!
Oh ya!

Menghutang lalu lagi menghutang
Tahu tahu menipu

Pembangunan oh!
Pengangguran ya!
Pengangguran oh!
Oh ya!

Menghutang lalu lagi menghutang
Tahu tahu menipu

p/s: Kredit untuk Pustaka Lagu untuk lirik di atas.

Sedang Bercuti Tanpa Had

Errr.. menganggur sebenarnya..Bukan malu nak mengaku menganggur..
Bukan saya..bukan saya.. Tapi saya stress juga sebenar kata hati...
Untuk itu saya menggugel untuk memotivasi diri yang masih tidak mampu berkerja dengan orang ini.

Nah.. dikopipes dari sini

Graduan menganggur – 5 tips untuk meningkatkan rasa yakin diri

Biasalah, orang tak ada kerja pastu masih lagi terkapai-kapai mencari kerja. Dalam situasi begini graduan menganggur perlu ada sikap yakin diri.

Untuk meningkatkan tahap motivasi dalam tempoh menganggur, berikut adalah 5 tips bagaimana untuk meningkatkan rasa yakin diri:

1. Percaya dan yakin bahawa rezeki ada di mana-mana.
Anda seorang graduan, gunakan kreativiti, kesungguhan digabung dengan tenaga muda. Kalo tak dapat kerja, buat kerja sendiri. Niagakan kemahiran Anda, jual dalam bentuk perkhidmatan. Orang muda sentiasa kaya dengan idea. Duit ada kat mana-mana!

2. Jika orang pandang serong dengan Anda,
setiap kali orang pandang rendah dengan Anda, jangan ambil kisah.
Just be neutral. Elak rasa terpukul dengan pandangan mereka. Makin di layan, makin sakit hati dibuatnya. Cara terbaik untuk menangani orang camni adalah, biarkan saja mereka. Selepas tu fokus untuk menambah baik diri sendiri. Elak untuk jadi terlalu lama menganggur, buat apa saja kerja halal yang mendatangkan duit.

3. Pilih kawan yang betul-betul punya kawan.
Kawan yang baik adalah kawan yang membantu Anda, bukan kawan yang memandang rendah pada Anda. Pilih kawan yang memberi Anda sokongan moral, bukan kawan yang meruntuhkan moral Anda. Memegang status sebagai graduan menganggur amat mencabar, terutama dari segi emosi. Bila Anda dah ada kawan yang memberi dorongan motivasi pada Anda, kesannya Anda akan merasa yakin. Anda akan merasa optimis Anda boleh mendapat kerja.

4. Tahu apa kekuatan-kekuatan diri Anda,
iaitu tahu sebenar-benar tahu keupayaan minda Anda.
Terokai kekuatan minda Anda dengan perasaan ingin tahu dan Anda akan jumpa berbagai perkara yang boleh membantu Anda. Anda menganggur mungkin sebab Anda tak letak matlamat nak mencari kerja dalam masa terdekat. Anda mungkin tak mendesak minda untuk mencari kerja dan mindset Anda tak meletakkan Anda sebagai pencari kerja yang gigih. Mulai sekarang, ubah mindset.

5. Ubah mindset dengan mengubah ‘title’ Anda.
Jangan sebut graduan menganggur. Sebutlah sebagai ‘freelancer’. Orang sekeliling Anda pandang tinggi dengan Anda sebab biasanya freelancer terdiri dari golongan berkemahiran serta berpendidikan. Bila Anda sebut diri Anda sebagai freelancer, Anda akan merasa bersemangat mencari kerja dan ‘mengadakan’ kerja, mungkin terdorong untuk bekerja sendiri. Kan bagus begitu?

Ingat, menganggur tak semestinya gelaran tak baik dan tak semestinya gelaran buruk untuk Anda. Elak merasa rendah diri hanya kerana Anda graduan menganggur.

Anda menganggur mungkin sebab Anda tak mengadakan kerja, tak membuat kerja dan tak berusaha melakukan sesuatu kerja yang boleh mendatangkan duit. Graduan menganggur sebenarnya bukanlah menganggur, tapi sedang berada dalam situasi menyesuaikan diri dengan mana-mana pekerjaan yang dia rasa selesa.

Menganggur tak semestinya tak bekerja langsung. Menganggur adalah saat yang baik untuk Anda memperbaiki diri, menambah baik kemahiran serta mengenali kekuatan diri yang tersembunyi.


Baik punya nota kopipes kan?
Nak lagi pasal menganggur?
Ni ha...
Terima kasih juga untuk encik Sabree Hussin






Saya kembali tersedar dalam jaga.


Ya.


Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt.


Sekian.

Saturday, June 18, 2011

Syukur

Terima kasih atas nikmat yang dikurniakan Allah swt kepadaku.
Tadi bermulanya pemanduan secara halal.
Berbekalkan LC merah dinaiki ke pasar ahad membeli barang keperluan nenek.
Selamat pergi dan balik.
Alhamdulilah.

Sesungguhnya...

Saya redha atas kehilangan sahabat yang bernama Ahmad
semoga roh encik Ahmad tidak datang menjenguk saya di alam mimpi

p/s: Ahmad belum meninggal.

Oh Jimmy

Sabarlah Jimmy.
Pasti ada hikmah di sebalik semua dugaan dan ujian yang diberikan kepadamu ini.

Friday, June 17, 2011

Kalau Kamu Terluka...

.....•.
....¸.•´♥•♥•♥ Andai Dirimu TERLUKA,
... ( Serahkanlah kembali HATI mu padaNya..
☻/ Nescaya,Dia akan MENGUBAT deritamu.....
/▌♥♥ Dan Mencantumkan Kembali Kepingan2 hatimu..
/ \ ♥♥ Percayalah,Allah Sentiasa MENJANJIKAN Apa Jua Yang TERBAIK Buatmu..
InsyaAllah,Amin Ya Allah..♥•♥•♥

Still Single?



Kadang-kadang

Kadang2 yg TERINDAH bukanlah yg TERBAIK,yg SEMPURNA tak selalu
menjanjikan KEBAHAGIAAN,namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN
menjadi kelebihan itu lah KESEMPURNAAN..
InsyaAllah,Amin ya Allah..

Nota kopipes untuk tuan punya vlog!

Saya x bangga

Saya x bangga kalo pasangan saya ada Master @ PhD pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya belajar di luar negara pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya bergaji besar pun...
Saya x bangga kalo pasangan saya cantik @ hensem sgt pun...

tapi,saya akan BANGGA jika dia ADA AGAMA dan dia AMALKANNYA..

Kata dipetik di sini

Cinta

……..♥..lovel…♥
…..♥..lovelovelo…♥
…♥..lovelovelove….♥
.. ♥.lovelovelovelove…♥……………♥….♥
.♥..lovelovelovelovelo…♥………♥..lovel….♥
......♥..lovelovelovelovelove…♥…..♥…lovelovelo♥
♥.. lovelovelovelovelove…♥….♥…lovelovelo.♥
.♥..lovelovelovelovelove…♥..♥…lovelovelo…♥
..♥…lovelovelovelovelove..♥…lovelovelo…♥
…♥….lovelovelolovelovelovelovelovelo…♥
…..♥….lovelovelovelovelovelovelov…♥
……..♥….lovelovelovelovelovelo…♥
………..♥….lovelovelovelove…♥
……………♥…lovelovelo….♥
………………♥..lovelo…♥
…………………♥…....♥
…………………..♥..♥

Coretan untuk Awak

Saya rasa awak suka saya....
Saya pun rasa saya suka awak...
Tapi saya taknak kita jadi macam orang lain....
Saya nak berkat Allah...
Biarlah awak fikir saya sombong taknak layan awak..
Biarlah apa pun orang nak cakap...
Cuma kalau satu hari nanti awak rasa saya ni layak jadi ibu kepada anak-anak awak...
Jumpalah mak ayah saya ye...♥
Kita bercinta lepas nikah....

Kata-kata dikopipes dari : Ber"couple" itu Haram.

Thursday, June 16, 2011

Khamis yang Indah

Kenapa ia indah?
Sebab tok laki oya tepon saye.
saye suke.
walaupon die kabo die doh ade org ngorat die.
lawo. semoga die bahagie.
saye suke.

tapi aye sedih.
bakpe blog saye se g dok bulih pakai.
gugel kate blog saye dh kena remove.
bakpe jadi gitu?
saye sedih.
tp sye suke tok laki oya nok balik jumpe mok die esok.
esok???
saye syg oya. smoga tok laki oya bahagia sokmo.
bai.

p/s: tok laki oya cita2 nak jadi ustaz :)

Monday, June 13, 2011

Soal Cinta

Tak pernah ada habisnya persoalan tentang cinta.
Bahkan selalu terngiang di cuping telinga,
bila lagi?
bila lagi?

Bertanya mengenai jodoh akan membuatkan jiwa ini resah menanti..
namun mengenang kembali bahawa Allah telah sediakan yang terbaik buat hambaNya..
jiwa ini kembali tenang menunggu saat penuh debaran itu..

Sesi Sentap Hati Mak



Hari tu mak pos la cenggini kat wall islamtag mak.
'Search for a beautiful heart not a beautiful face. Beautiful things are not always good but good things are always beautiful :) '

Sekali ada la seorang hamba Allah komen cenggini plak
'Very nice, but sister in Islam put the photos in the sites is forbidden for women'

Hambik kau!
Sentap hati mak!!

Pastu terus mak tukar profile picture.





Mohamed suke :)


Anyway, terima kasih Mohamed,


sedarkan akan kekhilafan diriku yang sentiasa lalai dan alpa ini.


Sekadar untuk berkongsi

Ya Allah , gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, dan jadikan kesenangan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tentram . Ya Allah dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan. Semoga jiwa dan ragaku di jalan Mu Ya Allah.

Jadikanlah, bencana yang menimpamu bukanlah untuk menghancurkanmu, tapi mengujimu, mengukuhkan imanmu, menguatkan pilar-pilar keyakinanmu, dan memberimu secara rohani, khabar baik dariNya tentang kehendakNya atasmu. Allah berfirman : "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antaramu; dan agar kami nyatakan hal ehwal kalian. " (QS: 47:31).

Jangan berupaya menjarah sesuatu rahmat, jangan pula berupaya menangkis datangnya sesuatu bencana. Rahmat akan datang kepadamu jika ia sudah ditakdirkan untukkmu, baik suka atau pun tak suka. Bencana akan menimpamu, jika itu takdir bagimu, entah suka atau tak suka, dan kau cuba menangkisnya dengan do'a, atau menghadapinya dengan kesabaran dan keteguhan hati demi mendapatkan keredhaanNya.

Demi Allah, bukanlah kemelaratan yang aku takuti bila menimpa kalian, tetapi
yang kutakuti adalah bila dilapangkannya dunia bagimu sebagaimana pernah
dilapangkan (dimudahkan) bagi orang-orang yang sebelum kalian, lalu kalian
saling berlomba sebagaimana mereka berlomba, lalu kalian dibinasakan olehnya
sebagaimana mereka dibinasakan. (HR. Ahmad)

Astagfirullahal'azhiim Alladzii laa ilaaha illaaha illaa huwal hayyul qayyuumu wa atuubu ilai.Ya Allah kami mohon kepadaMu keselamatan agama, kesehatan badan, tambanya ilmu, berkahnya rezeki, tobat sebelum mati dan ampunan sesudah mati, Ya Allah ringankanlah kami nanti di waktu sakaratul maut dan selamatkanlah kami dari siksaan api neraka dan menperoleh ampunan di saat hari perhitungan. Amin.

Tiada sesuatu yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tiada yang dapat
menambah umur kecuali amal kebajikan. Sesungguhnya seorang diharamkan rezeki
baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya. (HR. Tirmidzi dan Al Hakim)

Kata-kata dipetik dari sini.

Semoga...

☪ Semoga bertambah ilmu hari ini

☪ Semoga dekat dengan rezeki

☪ Semoga diberi sihat selalu

☪ Semoga kuat menghadapi ujian

☪ Semoga tetap semangat & istiqomah

☪ Sucikanlah hati & jiwa kami

Baik kepada Baik

Masih bertatih untuk merubah diri menjadi lebih baik.
Kerana yang baik itu untuk yang baik juga.
Semoga sampai masa nanti,
dipermudahkan segalanya. Amin.

Maaf Ya Allah

♥Maaf Ya Allah jika hamba lupa dengan smua nikmat dariMu
♥Maaf Ya Allah jika hamba sombong merasa semua nikmat ini adalah kewajibanMu

♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling beriman di antara manusia yg lain
♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling benar di antara mahlukMU
...
♥Maaf Ya Allah jika hamba menunda solat fardhuMu
♥Maaf Ya Allah jika lisan hamba menyakiti mahlukMU

Tahniah Rumet


Selamat sudah dia menjadi tunangan encik kekasihnya


pada 11 Jun 2011


Semoga ikatan berkekalan hingga akhir hayat


Doa dari kejauhan

Buat sang sahabat



Sepanjang Hidup

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

Moneyto Problema

Jujur diungkap...Aku masih menganggur.
selama 4 tahun menunggu dilamar syarikat pekerjaan,
masih belum mendapat sebarang lamaran.
Apakah itu tandanya, aku ditakdirkan menjadi GM syarikat sendiri?

Hari ini menukar template baru.
Hari ini membuka Akaun Pelaburan Emas CIMB
(tapi tak tahu cara untuk melabur)
Perlu banyak belajar. Semoga banyak keuntungan yang diterima. Bukan kerugian. Amin.

Thursday, February 10, 2011

Soho

Soho adalah singkatan kepada 'small office house office.' Ia merujuk kepada perniagaan yang kita usahakan sendiri di rumah kita sendiri.

Secara jujurnya, untuk menjadi "Jutawan" soho ini bukan senang. Tapi bukan mustahil kan :) 

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small, start Soho. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.

Artikel asal di sini 

Melawan Dunia

"Lawanlah dunia dengan akhirat. Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ingatlah... masalah hanya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Amalkan berdoa sebelum memulakan kehidupan harian. Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA..." 

Wednesday, February 2, 2011

cuci cuci services

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji
Fadzilah Kamsah. Segala aspek kehidupan
ini bermula daripada hati. Oleh itu di
bawah ini ada beberapa cara bagaimana
hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar
motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -
Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut
katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w
paling minima 100 X sebelum tidur - Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan
murah. Disamping dosa-dosa diampunkan,
otak tenang, murah rezeki, orang
sayangkan kita dan mencetuskan semua
perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada
memohon keampunan, dapat mencuci hati
dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat
mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap
hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang
positif - Jangan sesekali mengkritik,
kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan
kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok-elok
belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling
baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan di dalam
hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci
hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,
ceria, bersemangat, aktif, positif".
Menurut kajian saikologi, apa yang
disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan
harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa
terhindar dari melakukan perkara-perkara
kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya
hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan
mati bila-bila masa) :D

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan
yang subhat

14) Berkawan dengan ulama - geng2 masjid

15) Berkawan dengan orang miskin
(menginsafi) anak yatim ke

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,
mulut...dsb), jangan dengar orang
mengumpat..huhu.. kalo dgr orang nak
start ngumpat..tegur, if taknak tegur
takut orang kecik ati ke, jauhkan diri
ke buat2 sibuk ke, kalo on the
phone....offhendset, tak pon bagi alasan
ape2 yg patut.. :D

Ada apa pada nama

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Suka suki ..bahagian dua

jujur tau...buat dulu baru tau


Try this out! What you have to do is only to draw a view, only a simple one, and no need to colour. Ok, here's how this psycological game goes ...

BUT BEFORE THAT , I WOULD LIKE TO REMIND YOU , THAT YOU HAVE TO DRAW A SCENERY WITH ALL THESE 'THINGS' THAT YOU HAVE TO DRAW ... OK, FOLLOW MY INSTRUCTIONS!


1. Lukis gunung. ( it doesn't matter, how high, or how many you want to draw, or how it looks like )

2.Lukis matahari. ( tak kisahlah nak lukis macam mana )

3. Lukis sungai.

4.Kemudian lukis batu ( anywhere you want to put it, or how many you wanna draw )

5.Then, lukis sawah padi.

6. Then, lukis rumah.

7. Hmm... kemudian lukis pokok (letaklah kat mana pun) .

8. After that, lukis bunga ( nak lukis sekuntum-sekuntum ke, setangkai-setangkai ke, atas rumah ke, bawah rumah ke, terpulang ! )

9. Kemudian lukis burung ( terpulang nak lukis banyak mana ) .

10.Akhir sekali, lukis ular ( seekor saja ye ! Letaklah kat mana-mana pun )

Penjelasannya, skrol di bawah...


























OK, DAH SELESAI MELUKIS, JOM KITA LIHAT APA TAFSIRAN LUKISAN ANDA !!!

1. Gunung melambangkan cita-cita dan impian anda. Setinggi mana gunung yang anda lukis, setinggi itulah impian dam matlamat, dan cita-cita anda !

2. Adakah matahari anda bersembunyi di sebalik gunung? Jika begitu anda seorang yang pemalu dan kurang berani berhadapan dengan orang ramai! Jika sebaliknya , tahniah ... kerana anda berani menyarakan pendapat, dan berani bersemuka dengan sesiapa pun . ( tapi janganlah over-over ye ! )

3. Ok, sungai . Sekiranya anda melukis sungai dari puncak gunun, bermakna , apabila anda ditimpa sebarang masalah, anda akan mengkaji apakah sebenarnya punca masalah anda itu. Ringkasnya, anda seorang yang teliti.

4. Jika batu yang anda lukis, di dalam sungai, ini bermakna anda seorang yang emosional! hehe.. relak lah... dan jika sebaliknya, andalah penyeri seluruh alam!

5. Jika sawah padi anda nampak luas dalam lukisan, ini bermakna anda seorang yang berpandangan jauh.

6. Rumah yang anda lukis melambangkan diri anda sendiri! Sekiranya rumah anda nampak ... well... kurang elok, so, muhasabahlah diri anda ok? good luck!

7. Apabila anda melukis pokok lebih tinggi dari rumah, ini bermaksud, anda seorang yang sangat pentingkan keluarga!

8. Sekiranya anda melukis bunga, setangkai demi setangkai, dan bukannya sekuntum-sekuntum, anda seorang yang setia!

9. Ok, jika anda melukis burung lebih dari 4 ekor, ini bermakna anda ialah seorang yang mementingkan persahabatan ..

10. And finally, ular . Itulah jodoh anda!!! Jika ular yang anda lukis berdekatan dengan rumah yang anda lukis tadi, ini bermakna, jodoh anda berada dekat dengan anda ? jadi, hehe... siapakah dia?

Nasihat untuk kita

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !


PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.



KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.



KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Fakta atau auta?

fakta atau auta

 

 

 

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang

diambil dari sinki dan kemudiannya

dituangkan ke dalam cerek yang

mengandungi 150ml air suling dan

dibiarkan terdedah kepada nyalaan

api bersuhu 100 darjah celcius akan

menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

 

2. Percayakah anda yang air sirap

merupakan salah satu bahan asas

dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini

kerana kajian telah dibuat, seorang

pembina helikopter memerlukan air

sirap untuk menghilangkan keletihan

semasa membuat helikopter, tanpa air

sirap mungkin helikopter tersebut

tidak dapat disiapkan.

 

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju

220 km/j tidak akan dapat memotong

kereta yang dipandu selaju 40

km/j sekiranya kereta-kereta tersebut

dipandu dari arah yang bertentangan

 

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,

jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu

dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem

La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini

pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah

kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh

dikenali dengan nama papa Razzi.

 

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta

700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama

digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu

cap bendera.

 

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga

digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet

ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain

kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk

menarik kereta bukanlah magnet.

 

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila

diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori

oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya

benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa

ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

 

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh

menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

 

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun

telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer

daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun

tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang

burung mempunyai alamatnya yang tersendiri

sebenarnya.

 

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng

adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari

segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang

yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng

apabila dia berasa lapar.

 

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus

tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi

mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah

kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya

selama tiga bulan.

 

12.. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung

tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta

dunia ialah Orang Utan.

 

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat

jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita

akan mengalami satu tindakbalas yang berupa

kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai

ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam

yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

 

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini

telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Hehehehe :D

Renungan

> Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan

apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri

 

> Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan

jalan yang susah bagi orang yang mahu

 

> Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan

kenal kepada engkau pada waktu susah

 

> kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu

seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

 

> Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum

tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang

berharga/berguna, belum tentu bagus.

 

> Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak

percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang

ketakutan.

 

> Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada

memiliki semua bintang di langit.

 

> Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua

seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

 

> Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika

kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan

dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas

kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

 

> Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu

dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya

 

> Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita

mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik

kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa

melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan

kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

 

> Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu

sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah

 

> Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan

diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan

bersikap adil ketika kuat.

(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)

 

> Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan

siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat

nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka

keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia

dalam bencana dunia serta keindahannya

 

> Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.

Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.

Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

 

> Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya

akan terjaga

 

> Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam

hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

Avatar

Make your own avatar.

Click here UNIQUE

I have mine!


10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit
'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan
pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan
otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam
keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Sesungguhnya kita kenalah rajinkan sikit kepala otak
kita biar jangan jadi 'biol'kan... heheh enjoy
anyway...

Bersyukur menjadi wanita

Maka Diciptakan Lelaki.....

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri
apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2.lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki yang belum baligh.

BERATKAN!

3.Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala
perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri
berbuat baik pahala
dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN!

4.Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib
tapi isteri tidak.Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri
tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi
yang bergelar suami
perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya
dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu
sebabnya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa
yang ditanggung. Tetapi
orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah
oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

Wanita

1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.
2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung
dan melahirkan anak.
6. Wa! nita wajib taat kepada suaminya tetapi
suami tak perlu taat pada
isterinya (taat kepada ibunya).
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid
dan nifas yg
tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan di tempat
yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata
tidak akan
dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk
menyara isteri dan
anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung
dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya
jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa
kecil)..
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala org pergi
berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....

Suka suki

Memula amik pen ngan kertas.Kalo korang pilih name somebody, make sure owang tuh mmg wujud & korang kenal..gunakan instinct korang yg pertama okeyy...

Scroll down one line at a time...and don't read ahead or you'll ruin it!

1.       First,tulis nombor 1 sampai 11 dalam satu kolum...(berturutan ke bawah @ vertically).

2.       Then, sebelah nombor 1 and 2, tuliskan dua nombor yg korang nak..apa2 nombor la...

3.       sebelah nombor 3 and 7,tuliskan name org yg berlainan jantina dgn kowang...jgn lak tulis name yg same...gunakan gerak ati kowang...

NO LOOKING AHEAD...OR IT WON"T TURN OUT RIGHT!

4.       tulisla name sesape(like friends or family....)kat nombor 4, 5 and 6th spots.

5.       Write down empat tajuk lagu kat nombor 8,9,10, and 11.

GO WITH YOUR INSTINCT,FRIENDS!!!!

6.       Finally, make a wish.

.

.

.

.

.

.

.

.

And now the key for the game.....

1.       korang mesti bgtau seramai(jawapan utk no. 2) org pasal game nih...

2.       Name owang kat space 3 is the one that you love.

3.       The person in 7 is the one korang suke but can't work out.

4.       Korang paling care kat owang yg korang letak kat no. 4.

5.       The person you name in number 5 adalah owang yg kenal korang very well.

6.       The person you name in 6 is your lucky star.

7.       The song in 8 is the song that matches with the person in number 3.

8.       The title in 9 is the song for the person in 7.

9.       Jawapan no. 10 adalah lagu that tells you most about YOUR mind.

10.   and 11 is the song telling you how you feel about life

Jangan terkejut plak bila tgk result..tapi kalo tanak caye pon xpe..

cume aku pon suprise gak dlu.. :) bgtau lah kwn2 lain..syok ape!

Lelaki vs Wanita

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak..
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu ! tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Bayar.Berdiri masukkan duit baki
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk..
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok or! ang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!
No wonder women are more complex than men emotionally :)

Solat kita

Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan.. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh... " ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt..dan yg buruk itu datangnya dari kelemahan sy sendiri... 

renung2kan..dan selamat beramal..~~

sekadar wanita biasa

Ya Allah perkenankan doaku, jadikan aku halal baginya
untuk membimbingku kepadaMu
akan tapi
pabila melihat diri ini
ku sedari
siapalah aku
sekadar wanita biasa............................................................

Doa

Hasbunallahu wa ni'mal wakil
Cukuplah Allah bagiku; Tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A'rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129)

Berakhirnya sebuah penantian........

Hari yang ditunggu-tunggu sudah kunjung tiba, kini tibalah masa untuk melepaskan penat lelah......eh, tunggu sat!!! belum daaaaaaaaaaaaa..Hari ini baru 2 haribulan daa..Hari ini kan hari akhir kuliah, belum habis semester lagi..oh, nanti masuk entri lain daa..

-masih stress tentang markah kertas undang-undang.

-masih ada pembentangan yang belum selesai.

-sila baca buku..usah tulis kat sini. tulisan kamu bukan bagus sangat!!

tiada tajuk

Sedang menggilai noorkumalasari dan nurul..

oh, apakah, mengapakah...

stress management

Its important to handle the stress in appropriate way, plus this becoming mr.moon want to visits..

oh no..estrogen fever again!!!!!


Sunday, January 30, 2011

nak tahu tak

Saya sangat gembira kerana saya telah membeli telefon bimbit berharga RM65.
apa? ya. RM65 sahaja. oh, saya gembira sangat-sangat. lompat bintang sekali. sekian.

gembira

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
ⓓⓐⓛⓐⓜ ⓗⓐⓣⓘ ⓐⓓⓐ ⓣⓐⓜⓐⓝ
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Al-fatihah

Buat Siti Nurul Hasmalini,
sabarlah menghadapi ujian dari Ilahi,
sesungguhnya Allah swt menyayangi hamba-hambaNya,
dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..

109

Pejam celik rupanya sudah 109 hari saya tidak pulang ke kampung halaman.
macam bermastautin di Aussie pula.
kesimpulannya, dah 109 hari tak jumpa keluarga,
109 hari tak makan gulai masam.
109 hari tak kemas dapur.
109 hari tak menjadi suri rumah sepenuh masa.
sesungguhnya rindu itu menyesakkan jiwa...

Saturday, January 29, 2011

Gelora Jiwa

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Gelora di dalam jiwaku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tandaku nan membalas cintamu
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku

Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Dalam Mihrab Cinta



demi cinta ku pergi tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
kusesali saaat ini
kualami kulewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kaukan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta
ku berdoa pada-Nya

kerna cinta cinta ku ikhlaskan segalanya
Kepada-Nya untuk cinta tak pernah
kusesali saaat ini
kualami kulewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kaukan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta
ku berdoa pada-Nya

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kaukan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta
ku berdoa pada-Nya
semoga semoga