Pada hujung minggu yang lalu, saya bersama rakan saya telah berjalan-jalan di Putrajaya untuk menikmati cuaca panas serta meminum air 'do the dew' percuma!
Benar!! Ianya percuma dan saya telah berulang sebanyak 3 kali untuk mengambil dan meminumnya. *Haus*
Di samping terdapat minuman percuma untuk para pengujung fiesta, terdapat juga satu jenis pengangkutan air yang baru bagi menganti tempat cruise, kapal korek serta kapal layar.
Kalau buat rekod macam Dato' Azhar Mansor keliling dunia tapi naik menda ni ok je kott..
Dilambung ombak pun tidak mengapa, asalkan...ombak tu ialah ombak rindu. :P cehh
Satu lagi pengangkutan sesuai untuk mengantikan motor. Boleh juga mengurangkan kadar kemalangan maut jalan raya. Tiada gejala merenpit di kalangan remaja. Yang penting, tidak perlu ambil lesen! theeeehehe ^^
Ini bukan belon panas, ini payung untuk mengelakkan cuaca panas.
Ini pun belon jugak. Belong 'burung marah'.
Di sana juga terdapat pelbagai jenis gerai jualan yang menjual pelbagai jenis produk. emmm tak pelbagai sangat arr.. Produk yang sama seperti, payung. payung dan payung!
Mari membeli payung! Untuk berteduh dari panas dan hujan. Juga untuk photoshoot! :))
Alat permainan toksah cakap la....
Ni lagi..Bola kecik besaq, suma adaaaaaaaaaaaaaaa
(Memilih untuk anak-anak)
Pilih aje, beli idakkkk :P
Juga feeling-feeling mengimbau kenangan berkhidmat di bangunan ini selama dua bulan.
Jadi la kan. Pernah la jadi orang Putra satt, hang ada? Tak dak kan....
bluekkkk :P
Kemudian, saya dan rakan bergerak pergi ke Bandar i di negeri Selangor.
Kami pergi setelah segar kerana bermandi manda di Masjid Shah Alam.
Di Bandar i terdapat pelbagai jenis haiwan. Tidak percaya? Saksikanlah...
Gambar di atas menyaksikan saya memberi makan olok-olok kepada lembu bercahaya.
Inilah dinamakan lembu beriman. Sambil meragut berselawat. Kau ada?
Kalau takde, jom kita selawat...
oooo Tak percaya ye? Ni ha! Binatang apakah mempunyai leher terpanjang di dunia?
Jawab dalam hati. Takde markah mahupun hadiah disediakan untuk jawapan yang betul.
Panjangnya leher dia...............
Gambar di atas tidak diubah menggunkana sebarang perisian komputer untuk menghasilkan biji-biji buih tersebut.
Mengikut kata-kata rakan-rakan (tanpa sumber sahih) buih-buih tersebut terhasil kerana kehadiran entiti yang tidak terlihat oleh mata kasar.
Senang cakap itu adalah momok. huuuuuuuuuuuuuuuuuu
Colorful Trees
Jalan punya jalan, tiba-tiba, SURPRISE!!!!!!!!!
.
....
.........
...............
Terjumpa Eric Leong maaa!
.....punya poster.
depan saya punya kedai pulak tuh!
KK -Kedai Kay
hehe :P
Selain lembu dan Zirafah beriman tadi, terdapat juga haiwan-haiwan lain di sini.
Ini adalah haiwan yang tidak diawet dari Zoo Negara Kenya.
Oh, nampaknya haiwan purbakala ini mahu memakan blog saya.
Sila cari buaya darat untuk dibuat makanan. Janga makan blog saya, nanti saya mahu kopipes nota cintun berkarat kat mana?
Barulah saya tahu ke mana pergi hilangnya kuda-kuda di Palace of the Golden Horses!!!
Tapi ini bukan kuda emas, ini kuda bijih! huhu....
(lihat aksi kanak-kanak mahu bergambar di samping kuda bijih!)
Rimau
Haiwan stay up buat research pokok buluh sampai ada eyeback!
Kasihan dia...
Bas membawa penumpang.
Penumbang bas menunggu pemandu bas untuk masuk ke dalam bas.
Pada keesokkan harinya, kami pergi ke tempat orang-orang dari segenap pelosok dunia datang berdagang.
Tak percaya? Lihat....
Kami berurus niaga dengan pedagang pakej pelancongan dari Istanbul, Turki.
Pas masuk
Berjaya mendapatkannya walau dengan susah payah!
Jika ada kemahuan, berusahalah!
Pertama kali menaiki RapidKL menggunakan token.
Takut hilang je pakai token mainan camni!
Selepas itu kami pun balik ke rumah.
Sekian , itulah sahaja kisah perjalanan saya ke kota lumpur.
Sungguh seronok membuat aktiviti kembara hutan / jungle trekking.
Haha. Gotcha! Tipu je..
Ini gambar hutan dalam perjalanan pulang.
Sayonara...Illa liqa . Smile :)
0 comments:
Post a Comment